Monday 14 January 2013


Bismillahirrahmanirrahim,

Suara mahasiswa, suara perubahan.

Andai seorang individu yang baru kita kenali, dijemput masuk ke dalam rumah kita, makan dan minum disediakan. Kemudian, berbual penuh mesra. Tiba-tiba dia tidak bersetuju dengan pendapat adik kita, menghalang adik kita bercakap dan seterusnya memberi cadangan kepada adik kita untuk berpindah rumah sekiranya adik kita tidak bersetuju dengan pendapatnya. Adakah wajar? Dan kita, adakah sekadar mendiamkan diri, dan tersenyum? Tepuk dada, tanya minda.

Andai mahasiswa yang bersuara disenyapkan dengan cara yang tidak sopan, hal ini sepatutnya menjadi satu isu yang tidak dipandang enteng. Kebebasan untuk bersuara dan memberi  pendapat oleh seorang mahasiswa sepatutnya diraikan dan jika tidak dipersetujui, sila perbetulkan secara ilmiah dan bersama fakta yang logik, tuntas, bernas dan meluas.

Bertindak memperbodohkan dan mencelah seorang mahasiswi untuk bercakap adalah satu perkara yang kurang beradab dan tidak seharusnya terjadi. Sikap ego, menghina dan rendah akhlak, menghina pelajar tersebut, dan yang paling mengecewakan,  tiada seorang pun tampil di hadapan membela dan mempertahankan mahasiswi berkenaan. Presiden Suara  Wanita 1Malaysia itu bukan siapa, dia bukan pensyarah, dia orang luar. Dia datang ke tempat anda dan menghina rakan anda, dan tiada apa yang dilakukan.

Sukar untuk diterjemahkan. Namun, setiap orang ada alasan masing-masing yang saya kira untuk ketika ini boleh diterima. Namun, kita tidak seharusnya diam sampai bila-bila. Pembelaan perlu kita lakukan, bukan atas dasar politik, tetapi atas dasar hak bersuara mahasiswa.

Akhir kata, sukar untuk kita jumpa seorang insan yang berani bersuara di khalayak ramai, lagi-lagi seorang mahasiswi atas dasar untuk menegakkan kebenaran. Bersuara berdasarkan fakta, fakta dan fakta. Mari semua kita tambah ilmu, bukan sahaja ilmu di kelas, tapi juga ilmu isu semasa. Mahasiswa pemimpin perubahan.

Wallahualam.

Monday 31 December 2012


ISU WANITA, ISU SENSITIF

Kecewa terhadap pemerintah dalam menangani kes pemerkosaan yang terus memakan korban, ratusan wanita, warga India bangkit membantah dan berhimpun di New Delhi. Luka makin berdarah apabila berlaku tindakan kejam sekumpulan lelaki merogol dan memperlakukan seorang pelajar wanita jurusan perubatan India sehingga menyeksa emosi dan fizikal pelajar wanita tersebut hingga ke meninggal dunia.

Insiden bertarikh 29 Disember 2012 yang berlaku menempelak dan membuka mata wanita dan rakyat di seluruh dunia. Ia juga telah mencetuskan kebangkitan wanita tidak kira latar belakang agama dan bangsa. Desakan terhadap kerajaan dalam meningkatkan perlindungan hak ke atas kaum wanita dan perlaksanaan undang-undang adil perlu diutamakan bukan sekadar retorika. 

Wanita seharusnya dipelihara kerana wanita juga mampu untuk membawa perubahan dalam negara. Hak wanita harus ditegakkan. Dengan berlakunya insiden ini, membangkitkan semangat wanita untuk menegakkan hak sebagai wanita. Isu sebegini tidak patut dipandang enteng malahan ianya perlu menjadi satu isu yang besar. Sedangkan Nabi juga terlalu memandang tinggi terhadap wanita. Hadirnya ISLAM membawa perubahan terhadap wanita. Wanita yang pada zaman jahiliyyah dijadikan hamba abdi, di bununh walaupun baru dilahirkan kerana takut membawa keburukan. Namun, hadirnya ISLAM membawa perubahan secara holistik. Wanita diberi peluang untuk belajar tentang islam. Malahan, keberjayaan seseorang individu sering dikaitkan dengan wanita. Sudah terang lagi bersuluh, wanita bukan calang-calang orang yang boleh dipandang enteng.
Untuk itu, saya juga ingin mengingatkan kepada semua wanita di luar sana agar berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Antara tips yang boleh saya kongsikan ialah:
·         Niat yang baik untuk keluar rumah
·         Elakkan keluar diwaktu malam sehingga pulang terlalu lewat
·         Digalakkan untuk keluar berteman (yang halal)
·         Baca ayat qursiy. Letakkan pergantungan penuh kita pada ALLAH ta’ala.
“Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali dia. Dan jika ALLAH mengkehendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnianNya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang DIA kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.”  (surah yunus: 107)

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi wanita, rakyat Malaysia dan juga rakan-rakan mahasiswi sama-sama bersuara menyatakan kecaman terhadap episod hitam yang berlaku. Jika seorang wanita dizalimi, isu ini harus terpalit juga pada diri kita kerana isu wanita, isu sensitif. Jaga diri, jaga perlakuan. Semoga ALLAH lindungi kita.
Wallahu’alam.

Sunday 30 December 2012


belajar dari lagu

harini tiba-tiba terpanggil untuk berkongsi lagu yang sangat menyentuh hati. damba cinta pada yang ESA, moga mudah urusan kita.



Segalanya Milik Mu
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica


Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta  rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

Monday 24 December 2012

Entry Pertama Ku

Alhamdulillah
Setelah sekian lama, akhirnya berjaya juga impian saya untuk menghasilkan blog sendiri.
Jika sebelum ini hanya sekadar menjadi pemantau kepada blog orang lain, sekarang ini sudah mampu jari ini untuk menulis sendiri tetapi masih belajar. Terima kasih buat sahabat yang cute Zulaikha Yusoff tlg ajar n sahabat2 rumah Shakinah Sholehuddin, Ainni Farhani, Zaimah, Sakinah dan lain2 yang sanggup brainstorm bersama-sama saya untuk tittle blog.. ~jasamu sentiasa dikenang.. semoga ALLAH permudahkan urusan kalian:)

Teringin jugak untuk share ngan kawan-kawan semua tentang buku yang saya baru  baca
Peribadi Muslim oleh Muhammad Al-Ghazali

Sebagai manusia yang hidup atas dunia ni kite sentiasa mahu memperbaiki diri sendiri
buat salah itu perkara biasa, tidak semua orang sempurna di dalam dunia ni. kadanag-kadang kite terlepas pandang pada banyak perkara. banyak  kerja sehingga banyak perkara terlepas pandang..kemudian, datang kawan-kawan yang memberi kita teguran.
 p/s: tu sebenarnye ALLAH yang tegur tau, tapi ALLAH tegur cara lembut.. :)

So, dalam buku ni, ceritakan pasal ADAB BERCAKAP

Allah berfirman dalam surah ar-rahman:1-4
Yang bermaksud "(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatnya, DIA lah yang telah mengajarkan al-quran,DIALAH yang telah menciptakan manusia, DIALAH yang telah membolehkan manusia(bertutur) memberi dan menerima pernyataan"

Dalam ISLAM telah dihuraikan bagaimana manusia dapat nikmat dan boleh ambil manfaat daripada nikmat tersebut. dengan nikmat bercakap, bagaimana kita boleh guakan nikmat tersebut untuk kebaikan.Jika kita lihat banyak  orang yang gunakan mulut untuk perkara-perkara kosong dan kurang manfaat. ALLAH tidak mengurniakang mulut kite untuk perkara-perkara sebegitu.

Sedikit tips sikit: sebelum kite bercakap baik kiranya kita berfikir dahulu apakah keperluan kite bercakap. Sekiranya itu satu keperluan jemputlah bercakap.Tetapi sekiranya tidak, moleklah dielakkan kerana mengelak dari bercakap yang tidak ada keperluan, merupakan ibadah yang banyak pahalanya.

'Di anatara kebaikan iman seseorang itu ialah ia meninggalkan apa yang tiada kaitan dengannya'
-al-Turmidhi-

Jadinya, jom jaga percakapan kita.. moga ALLAH pandang usaha kita semua

~jOMmuHAsaBAHjOmBeRubaH~

Thursday 22 November 2012


Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan, seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan..